Kupasan Beza Cikgu Dulu, Sekarang
[BERITA HARIAN : 9 APRIL 2011]
hari ini aku rajin untuk mengulas satu isu berkaitan seorang individu yang memperkatakan tentang seorang guru. atau dengan bahasa mesranya 'cikgu'. merujuk kepada penulisan beliau di dalam artikel surat khabar ternama yang disiarkan pada hari ini, saya menjadi terfikir dan terpanggil untuk menegakkan beberapa perkara supaya masyarakat diluar tidak akan memandang 'lekeh' kerjaya seorang cikgu. bak kata munir pemenang adik-adikku : " Biar besar jiwa, jangan besar kepala"
ya, manusia mudah berubah, ini kan pula seorang cikgu. dimana cikgu juga manusia biasa. aku pasti sebagai individu berkerjaya yang lain pasti berubah. ibu bapa berubah, anak-anak berubah malah ahli politik mahupun penulis surat khabar pun mudah berubah sikap dan pendapatnya.
sebagai manusia yang sama-sama melakukan kesilapan, jangan hanya tahu menuding jari telunjuk itu kearah cikgu semata-mata. cikgu, melahirkan modal insan berguna dan berpendidikan bukan satu kerja yang mudah. anda jangan mengatakan perkara yang sia-sia dan tidak berasas, seharusnya sebagai seorang yang profesional, anda berfikir diluar kotak dan menyiasat perkara terlebih dahulu. surat khabar merupakan medium yang sangat besar dan impak dari penulisan anda akan mencalar imej seorang guru. anda perlu sedar perkara itu.
berdasarkan artikel tersebut, aku akan huraikan tentang isi-isi yang patut aku ulas :
1) Anak tidak buat kerja sekolah, memberi pelbagai alasan buku hilang dan sebagainya.
jelas disitu bahawa, kesalahan adalah ditangan anak dan ibu bapa. pertama, sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab kenapa tidak disemak terlebih dahulu kerja sekolah semasa anak di rumah. pastikan buku sekolah anak anda tu wujud. kalau tiada buku, ibu bapa bertanggungjawab untuk beli. lagi 1, adakah anak mereka buat tugasan yang diberikan cikgu? kalau tidak, tanggungjawab ibu bapa dirumah juga untuk memastikan mereka buat kerja sekolah sehingga siap. apabila kerja siap, murid tak perlu beri alasan dan tiba di sekolah, tak perlu lah cikgu membebel, marah-marah atau pukul. dan artikel ini juga tidak akan disiarkan jika perkara ini dilangsaikan di rumah dengan mudah. selaras dengan kata-kata penulis surat khabar ini "mak bapak jaga anak kat rumah, kat sekolah cikgu lah pulak!" dan jawapnnya : guru dirumahnya sendiri, bukan dirumah murid. seharusnya ibu bapa yang langsaikan masalah ini. bukan guru.
2) cikgu meng'ugut' untuk pindahkan anak ke kelas nombor 2, akibat tidak tertahan dengan sikap anaknya. mengapa tidak di selesaikan masalah dengan lebih awal jika anak bermasalah
cikgu di sekolah mempunyai berpuluh-puluh murid dibawah jagaannya. bukan seorang sahaja ank murid yang bermasalah, tapi ramai. kalau nak diselesaikan satu persatu, tak bernyawa lah cikgu lepas tu. dalam situasi yang dijelaskan dalam artikel, saya yakin guru tersebut sudah habis jalan untuk menyelesaikan anak individu tersebut. beliau bukan mengugut. tetapi beliau tertekan dan buntu dengan situasi tersebut. sebab itu beliau bercadang untuk pindahkan anak murid tersebut ke kelas no 2. supaya murid tersebut kuat berusaha dan ibu bapa pula sedar akan keupayaan anaknya, kalau ibu bapa tersebut matang, dia akan redha dengan keputusan guru. sebab guru yang mengetahui tahap anaknya. jangan sekali-kali menuduh yang bukan-bukan, buruk mulut di akhirat kelak. jelas disini, ibu bapa tiada di sekolah, cikgu yang benar-benar bersama murid. dan cikgu juga yang mengetahui masalah murid tersebut.
3) Beza ibu bapa sekarang dan ibu bapa dahulu
cuba anda fikir, berapa ramai ibu bapa yang datang ke sekolah bertanyakan hal pelajaran anaknya? hanya segelintir sahaja bukan? dan berapa ramaikah ibu bapa yang sanggup anaknya di pukul dan di rotan, untuk tujuan didikan? zaman sekarang memang tak wujud. bila dipukul untuk beri peringatan atas kesalahan murid, surat saman yang sampai. bukan ucapan terima kasih pada guru tersebut.
kalau ibu bapa dahulu sayangkan anak, diminta cikgu untuk pukul anaknya. siap berpesan "cikgu, kalau anak saya nakal, tak buat kerja sekolah, cikgu pukul saja, jangan sampai mati sudah lah" itu ibu bapa dulu. tapi ibu bapa sekarang? ibu bapa pula yang pukul cikgu. padahal niat baik cikgu tu mendidik anaknya. bila cikgu cuit anak sikit, cikgu pula dipersalahkan. kalau yang berada tu, siap-siap hantar lawyer segala bagai dan menegakkan anak yang nakal dan degil. masyaAllah dunia sekarang.
4) beza didikan ibu bapa dahulu, ibu bapa sekarang
ibu bapa dahulu didik anak dengan agama dan akhlak. di pukul dirotan anak jika tidak mengaji, sembahyang dan tidak menutup aurat. tapi sekarang, ibu bapa didik anak dengan harta dan anak dimanjakan. apabila anak mengandung anak luar nikah, salahkan sekolah tidak mengajar agama kepada anaknya. malah ada juga ibu bapa yang marah anak jika anak mengikut ajaran islam. mana tidak anak tersebut nakal dan degil di sekolah, ilmu di pelajari tidak pernah berkat, malah jiwa terpalit dek bintik-bintik hitam. macam mana guru nak bentuk modal insan. besar betul tanggungjawab seorang guru. fikirlah.
penulis BH ini juga mengungkit isu guru cabul murid, dera murid, rotan murid raba dan sebagainya. tetapi penulis tidak terfikirkah bahawa ada juga kes guru dibelasah samseng yang dihantar ibu bapa murid, guru mati ditikam dan sebagainya. penulis BH juga tidak sedar bahawa pengorbanan seorang guru adalah besar. yang mendidiknya menjadi orang beguna hingga kehari ini adalah seorang guru.
***********
cukup sudah ulasan yang dihuraikan. aku menyusun sepuluh jari diatas segala kata-kata yang tidak sedap didengar. penggunaan kata 'aku' ini, bukan tujuan menunjukkan sikap kurang ajar. tetapi adalah memeberi kepuasan kepada aku untuk menulis di blog ini. sama-samalah kita renung-renugkan dengan setiap perkara yang terjadi.
kebiasaannya insan yang kerap menuding jari ke arah cikgu, dia tidak berada di tempat cikgu. cuba sekali anda muhasabah diri. duduk di posisi seorang cikgu, di sekolah, mengajar dan anda akan faham situasi dan jiwa seorang guru. berhentilah dari memperkatakan yang tidak baik. sepatutnya berikanlah pendapat dan jalan secara berhemah supaya guru dapat membuat yang terbaik kepada anak-anak. tidak perlulah untuk di tengking, diperkatakan dengan kata-kata yang sesat atau sebagainya.
dari jari si penulis biasa : cikmas
* segala ayat dan penulisan ini dipetik dari http://duniakucikgu.blogspot.com/2011/04/berita-harian-9-april-artikel-beza.html *
*terima kasih diucapkan*
nota : mendidih jugak bila baca berita ni walaupun aku hanyalah guru pelatih + guru praktikum. tp xpe lah maybe itu pandangan mereka tentang guru. apa pon tak boleh.
apapun kita kena amik ikhtibar atas apa yang berlaku. kuat kan semangat utk menjadi guru... :)
ReplyDeleterilek2. take it as challenge okay? weee
ReplyDeleteade yg melampau tp ade jgak yg btul ape die ckp 2..
ReplyDeleteape2 pn cikgu bkn Tuhan sampai bole jdik sempurna..
dlm ramai2 akn ade gk yg tersesat sorg 2 yg xbaek..
n pndangan tentang rmai yg jdik ckgu skg sbb terpaksa 2 agk btul..
ak dh merasa n ade kwn mcm 2..(igt x yg ak cte tym nk g ulu yam ri2??)
so moral of d story, ikhlas kn hati tuk jdik ckgu..
insyaAllah d permudah kn jln..
n andai kate terpaksa berdepan dgn parents/murid yg mcm nie..
cbe dok berbincang instead of saling menuding jari..=)
cik mas : betul tu...kita mesti kuat
ReplyDeleteshena : yup, cabaran semua tu
fadh : ye la...itu bergntung pada niat masing2 la..tulis tu mcm dgr sebelah pihak ja..skurang2nya cuba la buat ayat yg tak menjatuhkan mana2 pihak...bkn nk bangkang sepenuhnya, tp byk betul ke dari tak betulnya? org kerja pejabat buat kerja waktu pejabat..cikgu? sblom mula PnP kne pk plak apa yg nk diajar esoknya..bkn mudah la fadh..cuba try duduk dalam golongan para guru..sungguhpun aku praktikal, cuma 5-6 seminggu...cmna lak dgn cikgu sepenuh masa? tp xpe la...mayb apa yg ditulis tu mengingatkan guru balik...take as positive la kn...:)
xkte pn mudah..
ReplyDeletesbb 2 ak rse klau org yg btul2 nk jdik ckgu je ptut jdik ckgu..
n sori 2 say agk bnyk btul sbb ak pnah rse ckgu yg mcm nie..
n ank sedara ak yg special pn ade ckgu yg mcm nie skg..
tp 2 la yg xbtul nye beberapa org je..
n xadil jgak klau nk salah kn sume ckgu..
so take it from +ve side..
dont make d same mistake..
jdik kn kerjaya ckgu 2 sbg kerjaya yg bole d sanjung k.. =)
bkn sng nk jd cikgu skrg..mcm2 dugaan.lg2 ble kna hambur ngn parents kn.pe pon kan kuat smgt =)
ReplyDeletebetul tu...fiera pun ade cikgu jugak,macam perangai jumpe...bukan senang nak mendidik anak orang...salam singgah and follow cikgu..=)
ReplyDeletenak tanye boleh.??macam mane nak buat kotak biru lepas tudalam ade tulisan??
http://fierapirot.blogspot.com/