Thursday, March 24, 2011

I'm Touched



note : mood pegi sekolah ~

Tuesday, March 22, 2011

Hari Praktikum ! #2

Ari ni hujan lebat. Sedap tdo. Igt nk pegi skolah lewat2 sikit hari ni. Kringgg ! Jam berbunyi. Eh, dah pukul 5 pagi. Sedar2 je dah hujan lebat kt luar umah tu. Nak buat ape ni? dah la pegi nek moto je. Dang ! Aku termenung seketika.
"Nak bawak baju laen ke x nk ni"
"Takkan nk pegi salin baju kt sekolah pulak."

*****
Pikir punya pikir, dapat idea mintak tolong dak IPIK dtg amek aku. Dyorg kn naek kete. So, tumpang la. Hek3. Jadi bermulalah persiapan diri aku smpai pkul 6.30. Tunggu dyorg amek aku. Pukul 7.50 ktorg gerak. Sampai kat sekolah, susun meja kelas 5A jap. Japg dyorg ada exam. Susuh punya susun sampai terlupa nk punch card ! Oh man ! Dah lewat ! <----tu la td semangat g susun meja ~

Dengan muke selambe, aku 'teeettt' punch card aku. Ada warna merah tulis 07:37 am. ~Wuuu ~Nak nangis la. Sampai tadi pukul 7.10 pagi la. Nak je aku nangis guling2 depan PK Hem ngan GB cakap aku yg aku dtg awal. SAYA DATANG AWAL LA CIKGU !!!!! TP CARD NI TULIS LEWAT!!!

Haha. Abaikan. Aku dah bayangkn gred aku mungkin teruk sbb lewat itu punya pasal. Aku tak cakap banyak, pegi meja buka rekod P&P pastu tulis apa yang patut atas buku tu. *kononnya tension la tu..debik kang !* So, aku g jumpe cikgu, sembang2 jap. Dah. Aku tak tau ape aku buat sampai la pkul 12.25.

*****
Start 12.25 aku masuk kelas 5A. hajatnya nk masuk kejap bg kumpulan utk subjek KH. Tapi terlajak sampai 1.25 pm. Sorry ye murid2. Cikgu mmg sengaja pon. Hehehehe. Al-kisahnya, kelas ni budak pandai2. Klu nk test power, korg jawab soalan ni dalam masa 30 saat. Klu lebih 30 saat, kira budak2 kelas ni power lagi la. ekekekeke. try dlu k ~

Soalan : Dalam satu majlis keraian, terdapat 10 orang yg hadir. Kesepuluh orang tersebut bersalam-salaman sama sendiri. Berapakah bilangan orang bersalam?

Serius wei, tak sampai 20 saat budak kelas ni ada yg boleh jawab. Mmg betol2 power la ! Dah, cukup. xleh puji lebih2 sangat. Esok2 la pulak puji. hohohoho ~ Okay dah cukup kot utk hari ni. Tapi sblh ptg ade projek lagi dgn cikgu. Jom terjah ape yg ktorg buat pd sblh ptgnye ~~~

*****
Ktorg g men futsal je. Hehe. xde la aktiviti best sgt. tp mmg best la men ngan cikgu. Hohohoho
Cikgu2 skolah tu punya maen, cantek ooo ! boleh la sape2 nk ajak friendly. Mantop wa cakap lu !
Dah la kot. Aku mengantok ok ~

Ade cikgu suh aku g mintak ganjaran sbb byk tolong susun dan stapler kertas soalan. Tapi kn, aku tak nak sbb I ni kn pemalu. HAHAHAHA !<---- Eeeeyark !

Dah, cerita habis ~

note : ngantok..bila la nk tutup lappy ni ~

Monday, March 21, 2011

Hari Praktikum !

Korg penah x tengok bintang kat langit? Cepat angkat tangan sape yg penah tengok. Cepat !!! Tapi aku rasa korg mesti tak jugak kn. Sebab org tengok bintang kat bumi. Mana ada org tgk bintang kt langit kn. Dang ! Padan muka ! okey, abaikan kalau x paham.

*****
Okey, aku mula entry ni dengan malam tadi. Aku tak tau apa jadi kat aku malam tadi. Dan aku tak tau nape aku jadi mcm semlm. Aku rasa aku mabuk kepayang kot. Haha. Abaikan jugak sbb bukan kes mlm tadi aku nk story. Keh3

Citernye bermula pada hari ni apabila aku dah start praktikum ari ni...adakah kalian semua tahu apakah itu praktikum? bg yg tau bagus bg yg x tau mcm praktikal la atau yg mcm korg paham LI. Bukan Leman bin Ismail ke hape tp Latihan Industri. Tapi aku ni bukan la LI sangat. Aku bakal cekgu, so masuk skolah jadi cikgu praktikal.

Alkisahnya bermula apabila aku masuk sekolah utk praktikum pagi tadi. Mula-mula cuak kot sbb 1st time. Tapi bila sampai nmpk senior kt situ, sempat la ktorg sembang2 jap. Tanya pasal sekolah. Okay. Bosan seketika aku lepak kat kantin. Tengah2 sembang ade budak datang. Aku bajet dia dalam darjah 4 sebab aku nmpak dia pegang buku teks darjah 4. Tgk terrer tak aku teka. ekekeke.

skali budak tu cakap, "excuse me sir, may i help you?"
aku dengan muka bergaya jawab, "no, thanks." <---- tak kalah beb !

Dalam hati aku, fullamak speaking dengan aku ! dah la BI aku terabur. Kang aku speaking, terkentut dia pikir ape maksudnye. Hahahaha. Padahal dalam hati mmg ada benda nk tny dia.

*****
Sembang pasal guru plak, pergh wa cakap lu, sorang2 cikgu laki slumber gila termasuklah GB, PK Koku. Tak nak sembang byk, terus ke guru pembimbing aku. Meh aku buat ayat la.
Amaran : jangan percaya apa aku tulis.

Cikgu : Sebelum ko tny aku mcm2, aku nk tny ko satu soalan je dulu.
Aku : Okey2..soalannya ialah?
Cikgu : Ko merokok tak?
Aku : Apa punya soalan la cikgu, tanya la sejarah ke, ilmu hisab ke...ini merokok. cait !
Cikgu : Ye la ko tu budak baik ! Budak pandai !
Aku : Hahaha...cikgu, perli nmpak. Report Guru Besar mau? hahaha
Cikgu : Dah2, ko ngan aku mengarut je dari perhimpunan sampai sekarang. Jom pegi kantin aku belanja. Ok? Amacam?
Aku : Ini berita sangat baik. Benda baik tak elok ditangguhkan cikgu..ekekeke..

Maaf, dialog itu dongengan sahaja. Hahaha. Tgh OTW pegi kantin, murid2 bkn dok tegur Cikgu Sepol ni, tp dok senyum2 kat aku plak. Haish. Naik rimas aku dok senyum tak ikhlas. Mcm korg dlu2 la..pantang cekgu prektikal masuk ja terus nk tergedik2. <---macam aku dulu2 jgk. Hahaha.
Tengah makan, mengarut lagi ngan cikgu Sepol. Mengarut, mengarut, dan terus mengarut. Layan je la sbb cikgu tu blnja aku makan. ekekeke. Bukan nak pau tp nk makan.

*****
Okey, dah tinggal lagi sejam nak balik sekolah. Tup2 cikgu Zakuan dtg, "Mie, ang p masuk kelas 6A sat." Aku pon g la masuk kelas tu. Tak sampai 5 minit masuk. Dah ade student tny cikgu ni cikgu baru ke? Sabo la. Aku tak kenalkan diri lagi. Lempang kang! Kuat speaking betol budak2 ni. Serius ! Sekolah aku pegi tu rupanya skolah elit. Skolah anak2 org kaya. Ptot la kuat speaking. Hehs ! Buat aku kne ajar sains ke matematik ke. Tak ke sakit nk speaking? Hahaha. Bayangkn la, sepanjang sejam aku dalam kelas tu, aku dihujani dengan soalan2 BI. Naseb bek aku pndai jugak menjawab. Ekekeke.

Ok, tamat cerita. Eh, Oh, Er.

Oh lupe, aku nk g beli tali pinggang. Tali pinggang putus kepala. Pagi tadi rembat tali pinggang pengakap. Malu je nk pakai jalan satu sekolah. Takot kne kutuk " Mat oi, hari ni mana ada unit beruniform." Tak ke merah muke aku klu dgr ayat tu. Huhhhh ! Naseb bek xde.

Okay, cerita tamat.

Note : mata dah start ngantok. Rasa nk tdo sampai terlupa nk pegi sekolah.

Saturday, March 19, 2011

Ape ni?? Tak Fahamlah..


~ Assalamualaikum & salam sejahtera sebagai pembuka bicara ~

aku ni tak faham sebenarnya
yg si dia ni nk kata kt aku ke kt sapa sbnrnye..
ayat mcm utk gegurl..tp tak tahu la kn..
pape pon, korg tgk n nilai lasendiri okey...
nah, aku print screen utk tatapan korg..

benda ni aku tgk secara tak sengaja lps aku buka formspring me..
tergejut gedabak aku dibuatnya lps baca soalan yg 4days ago tu..
~ adoi ~

klik untuk besarkan


alamak, tak suke la ada musuh ni...
ni sebagai muhasabah diri aku balik la..
ni mesti aku ada buat sesuatu yg tuhan tak suka..
kne byk peringat diri balik..
moga kita sama2 diberkati dan dirahmati tuhan dalam penghidupan kita
~ aminn ~


Copyright © 2014 TRAVEL LIFE BLOG