Monday, May 02, 2011

Column Makanan Segera


Memandangkn tajuk pon dg gitu, so, straight to the point la kn. Ckp banyak pon tak guna sebab entry ni pon dibuat pendek-pendek saje. Hihihi.

Ekceli entry ni dibuat sbb ternmpk satu clolumn kt blog nadrah yg dia tulis pasal ape makanan yang dia makan kat mekdi...:)

So, aku nk buat column yg aku makan kt segala kedai makanan segera mcm McD ke, KFC ke, Burger King ke or apa-apa aja. Dah tu, aku nak start dengan bulan ni smpai ak tak larat nk tulis lagi.

Itu saje. Sekian terima kasih. Hahaha.

*semalam breakfast kt mcD. Pukul 7 baru tdo. Ngantoknye sekarang. ZZZzzzZZzz ~*

Friday, April 29, 2011

Punk Rock Jalanan





Punk Rock Jalanan Lirik

Sungguhku menyesal telah mengenal dia
Dan aku kecewa telah menyayanginya
Dan Aku tak akan mengulang kedua kalinya

Kusimpan rindu di hati gelisah tak menentu
Berawal dari kita bertemu kau akan kujaga
Kuingin engkau mengerti betapa kau ku cinta
Hanya padamu aku bersumpah
kau akan kujaga sampai mati (selamanya)

Kuingin tau siapa namamu dan
Kuingin tau di mana rumahmu
Walau sampai akhir hayat ini

Jalan hidup kita berbeda
aku hanyalah punk rock jalanan
yang tak punya harta berlimpah
untuk dirimu sayang

ku tunggu kau ku tunggu
ku nanti kau ku nanti
walau sampai akhir hayat ini
ku tunggu kau ku tunggu
ku nanti kau ku nanti
walau sampai akhir hayat ini

Kukira kau setia padaku
Ternyata kau menduakanku
Sungguh hatiku tak menduga

cukup sudah semua ku alami
perjalanan cinta selama ini
Kukira kau setia padaku
Ternyata kau menduakanku

Dulu kau berjanji akan sehidup semati
Dan aku kecewa telah menyayanginya
Dan aku tak akan mengulang ke dua kalinya

Kusimpan rindu di hati gelisah tak menentu
Berawal dari kita bertemu kau akan kujaga
Kuingin engkau mengerti betapa kau ku cinta
Hanya padamu aku bersumpah
kau akan kujaga selamanya

ku ingin tau ku mencintaimu dan
ku ingin tau ku menyayanginmu
Walau sampai akhir hayat ini

Jalan hidup kita berbeda
aku hanyalah punk rock jalanan
yang tak punya mobil mewah
untuk dirimu sayang

ku tunggu kau ku tunggu
ku nanti kau ku nanti

walau sampai akhir hayat ini
ku tunggu kau ku tunggu
ku nanti kau ku nanti
walau sampai akhir hayat ini



Tuesday, April 19, 2011

Tamatnya Praktikum I - Semester 5

Ini sekolah praktikum aku yg pertama..ya yang pertama. Dan akan ada lagi 2 sekolah akan menyusul lepas ini jika dapat sekolah yg lain. Apa nk diceritakan bila tamatnya praktikum aku kt sekolah tersebut. SK TAMAN DESA.

Tapi sekarang dah habis pun. 15 April yang lalu.

Suasana kat sekolah ni nyata aman dan damai. Student pulak 1 Malaysia. Ada Malayu, ada India, ada Cina. Tak cukup dgn tu, ada student dari Australia, Jepun, Jordan dan lain-lain negara. Bahasa komunikasi boleh dikatakan English dikalangan student. Tp mmg Bahasa Melayu la yg jd bahasa perantaraan cikgu2 di sekolah ni. Aku pon kne speaking bila nk ckp dgn student2 ni.

masa ni tgh ada program :)

masa ni tgh buat backdrop..gua tlg arahkn je...dyorg ni tolong susun..keh keh keh

tgk sikit..kami kena buat senamrobik tu...huhu ~
Izzat, Akmal, Norhasidaliyana, Syakila, Haryani, Nadzirah, Dalilah, Sarah, Nor Ain and me !!
ni la semua guru praktikum kt SK Taman Desa :)
~ miss that time ~

keringat terakhir kt sekolah : mural solar system :)

~ ekceli ni port luck ~ i buat dadih okey ~

ni murid-murid nakal ni..tp cikgu suka dengan korg..Jason Lo ! smpai skrg cikgu teringat kat awak..~

~ pendiam dan suke senyum ~

2 pasang kembar :)

Selamat tinggal SK TAMAN DESA :)
ada masa berjumpa lagi

salam sayang dari cikgu praktikum,
MAZFAHMI

Saturday, April 09, 2011

Kupasan Beza Cikgu Dulu, Sekarang


[BERITA HARIAN : 9 APRIL 2011]

hari ini aku rajin untuk mengulas satu isu berkaitan seorang individu yang memperkatakan tentang seorang guru. atau dengan bahasa mesranya 'cikgu'. merujuk kepada penulisan beliau di dalam artikel surat khabar ternama yang disiarkan pada hari ini, saya menjadi terfikir dan terpanggil untuk menegakkan beberapa perkara supaya masyarakat diluar tidak akan memandang 'lekeh' kerjaya seorang cikgu. bak kata munir pemenang adik-adikku : " Biar besar jiwa, jangan besar kepala"

ya, manusia mudah berubah, ini kan pula seorang cikgu. dimana cikgu juga manusia biasa. aku pasti sebagai individu berkerjaya yang lain pasti berubah. ibu bapa berubah, anak-anak berubah malah ahli politik mahupun penulis surat khabar pun mudah berubah sikap dan pendapatnya.

sebagai manusia yang sama-sama melakukan kesilapan, jangan hanya tahu menuding jari telunjuk itu kearah cikgu semata-mata. cikgu, melahirkan modal insan berguna dan berpendidikan bukan satu kerja yang mudah. anda jangan mengatakan perkara yang sia-sia dan tidak berasas, seharusnya sebagai seorang yang profesional, anda berfikir diluar kotak dan menyiasat perkara terlebih dahulu. surat khabar merupakan medium yang sangat besar dan impak dari penulisan anda akan mencalar imej seorang guru. anda perlu sedar perkara itu.

berdasarkan artikel tersebut, aku akan huraikan tentang isi-isi yang patut aku ulas :

1) Anak tidak buat kerja sekolah, memberi pelbagai alasan buku hilang dan sebagainya.

jelas disitu bahawa, kesalahan adalah ditangan anak dan ibu bapa. pertama, sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab kenapa tidak disemak terlebih dahulu kerja sekolah semasa anak di rumah. pastikan buku sekolah anak anda tu wujud. kalau tiada buku, ibu bapa bertanggungjawab untuk beli. lagi 1, adakah anak mereka buat tugasan yang diberikan cikgu? kalau tidak, tanggungjawab ibu bapa dirumah juga untuk memastikan mereka buat kerja sekolah sehingga siap. apabila kerja siap, murid tak perlu beri alasan dan tiba di sekolah, tak perlu lah cikgu membebel, marah-marah atau pukul. dan artikel ini juga tidak akan disiarkan jika perkara ini dilangsaikan di rumah dengan mudah. selaras dengan kata-kata penulis surat khabar ini "mak bapak jaga anak kat rumah, kat sekolah cikgu lah pulak!" dan jawapnnya : guru dirumahnya sendiri, bukan dirumah murid. seharusnya ibu bapa yang langsaikan masalah ini. bukan guru.

2) cikgu meng'ugut' untuk pindahkan anak ke kelas nombor 2, akibat tidak tertahan dengan sikap anaknya. mengapa tidak di selesaikan masalah dengan lebih awal jika anak bermasalah

cikgu di sekolah mempunyai berpuluh-puluh murid dibawah jagaannya. bukan seorang sahaja ank murid yang bermasalah, tapi ramai. kalau nak diselesaikan satu persatu, tak bernyawa lah cikgu lepas tu. dalam situasi yang dijelaskan dalam artikel, saya yakin guru tersebut sudah habis jalan untuk menyelesaikan anak individu tersebut. beliau bukan mengugut. tetapi beliau tertekan dan buntu dengan situasi tersebut. sebab itu beliau bercadang untuk pindahkan anak murid tersebut ke kelas no 2. supaya murid tersebut kuat berusaha dan ibu bapa pula sedar akan keupayaan anaknya, kalau ibu bapa tersebut matang, dia akan redha dengan keputusan guru. sebab guru yang mengetahui tahap anaknya. jangan sekali-kali menuduh yang bukan-bukan, buruk mulut di akhirat kelak. jelas disini, ibu bapa tiada di sekolah, cikgu yang benar-benar bersama murid. dan cikgu juga yang mengetahui masalah murid tersebut.


3) Beza ibu bapa sekarang dan ibu bapa dahulu

cuba anda fikir, berapa ramai ibu bapa yang datang ke sekolah bertanyakan hal pelajaran anaknya? hanya segelintir sahaja bukan? dan berapa ramaikah ibu bapa yang sanggup anaknya di pukul dan di rotan, untuk tujuan didikan? zaman sekarang memang tak wujud. bila dipukul untuk beri peringatan atas kesalahan murid, surat saman yang sampai. bukan ucapan terima kasih pada guru tersebut.

kalau ibu bapa dahulu sayangkan anak, diminta cikgu untuk pukul anaknya. siap berpesan "cikgu, kalau anak saya nakal, tak buat kerja sekolah, cikgu pukul saja, jangan sampai mati sudah lah" itu ibu bapa dulu. tapi ibu bapa sekarang? ibu bapa pula yang pukul cikgu. padahal niat baik cikgu tu mendidik anaknya. bila cikgu cuit anak sikit, cikgu pula dipersalahkan. kalau yang berada tu, siap-siap hantar lawyer segala bagai dan menegakkan anak yang nakal dan degil. masyaAllah dunia sekarang.

4) beza didikan ibu bapa dahulu, ibu bapa sekarang

ibu bapa dahulu didik anak dengan agama dan akhlak. di pukul dirotan anak jika tidak mengaji, sembahyang dan tidak menutup aurat. tapi sekarang, ibu bapa didik anak dengan harta dan anak dimanjakan. apabila anak mengandung anak luar nikah, salahkan sekolah tidak mengajar agama kepada anaknya. malah ada juga ibu bapa yang marah anak jika anak mengikut ajaran islam. mana tidak anak tersebut nakal dan degil di sekolah, ilmu di pelajari tidak pernah berkat, malah jiwa terpalit dek bintik-bintik hitam. macam mana guru nak bentuk modal insan. besar betul tanggungjawab seorang guru. fikirlah.

penulis BH ini juga mengungkit isu guru cabul murid, dera murid, rotan murid raba dan sebagainya. tetapi penulis tidak terfikirkah bahawa ada juga kes guru dibelasah samseng yang dihantar ibu bapa murid, guru mati ditikam dan sebagainya. penulis BH juga tidak sedar bahawa pengorbanan seorang guru adalah besar. yang mendidiknya menjadi orang beguna hingga kehari ini adalah seorang guru.


***********

cukup sudah ulasan yang dihuraikan. aku menyusun sepuluh jari diatas segala kata-kata yang tidak sedap didengar. penggunaan kata 'aku' ini, bukan tujuan menunjukkan sikap kurang ajar. tetapi adalah memeberi kepuasan kepada aku untuk menulis di blog ini. sama-samalah kita renung-renugkan dengan setiap perkara yang terjadi.

kebiasaannya insan yang kerap menuding jari ke arah cikgu, dia tidak berada di tempat cikgu. cuba sekali anda muhasabah diri. duduk di posisi seorang cikgu, di sekolah, mengajar dan anda akan faham situasi dan jiwa seorang guru. berhentilah dari memperkatakan yang tidak baik. sepatutnya berikanlah pendapat dan jalan secara berhemah supaya guru dapat membuat yang terbaik kepada anak-anak. tidak perlulah untuk di tengking, diperkatakan dengan kata-kata yang sesat atau sebagainya.


dari jari si penulis biasa : cikmas


*terima kasih diucapkan*

nota : mendidih jugak bila baca berita ni walaupun aku hanyalah guru pelatih + guru praktikum. tp xpe lah maybe itu pandangan mereka tentang guru. apa pon tak boleh.
Copyright © 2014 TRAVEL LIFE BLOG